TRIP KE PERTH, AUSTRALIA DENGAN CARAVAN 21 SEPTEMBER 2017 TO 28 SEPTEMBER 2017

Assalamualaikum sahabat-sahabat travel sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi tentang trip bersama kengkawan saya ke Perth Australia pada September 2017. Yang best trip kali ni ialah kami semua travel secara road trip dengan menggunakan Caravan!!!! Maklumla kat Malaysia tak pernah buat lagi travel naik caravan. So, mestilah excited lain mcm kan!!

Macam mana ye nak sewa caravan kat Perth? Ok di sini saya kongsi sedikit sebanyak cara2 utk sewa caravan di Perth. First sekali korang boleh rujuk di website http://www.drivenow.com.au 
TIPS: Sila pilih betul2 berapa seater yg korang nak. Sbb di Perth, undang2 diorg tersangatlah ketat. Jgn nanti dah pilih utk 4 seater, tetibe hujung2 nanti korang nak tambah lg sorang. Mmg tak kan lepas la. So, plan siap2 berapa bilangan geng korang yg nak join trip korang tu before book caravan. 

Utk trip ktorg, kitorg pilih 4 seater caravan utk 5 hari dengan kos sewa ialah AUD 680 inclusive of  package AUD39.(picnic table and chair, linen exchange, gas and towel). Utk yg nk memasak dlm caravan ni, jgn riso semua peralatan memasak dah ada dlm caravan tersebut. Cuma jgn lupa samak dl ngan sabun Taharah. Boleh beli kt Mydin je. Lagi satu yg best book caravan kat website ni ialah tak perlu bayar bond/deposite sbb caravan tu dah fully covered with insurance. 

If dah sewa caravan, mestila kena cari tempat utk bermalam kan. Bukan boleh sesuka hati park ye. Mesti kena park di designated place utk caravan. 
TIPS:Utk memudahkan anda mencari park yang sesuai utk bermalam, korang boleh rujuk or guna apps ni "WikiCamps Australia". Apps ni ada free trial selama 14 hari. Boleh install dari Google Play Store or App Store korang. So, guna sepuas2 puasnye ye utk cari maklumat. Semua info ada kat apps ni termasuk la review dari orang ramai.

Ok di bawah ni adalah Itinerary kami di Perth:

21 September 2017
✅Sampai di Perth Airport kul 5.30 pagi
✅First day ni, kami tak sewa caravan lagi. Kitorg Check in hotel kat area Perth City. Today activity is free and easy. Kitorg banyak naik bas (Free Cat Bus) and jalan kaki. Mmg best sgt sbb byk btl kemudahan utk org awam yg takde kereta sendiri. Yg penting, semua public transport di sana tersangatlah on time!!

✅ Watertown Brand Outlet (ala2 JPO) untuk shopping!!


22 September 2017
✅Pick up caravan. Make sure u guys periksa keadaan van dulu. Kalau boleh wat video dan rakam keadaan van. Ini adalah kerana if van mmg ada defect apa2 semasa korang pick up van, boleh korang inform diorg cepat2. Bukan apa, kang nanti diorang igt korang yang rosakkan caravan tu bila time korang return semula the van. At least, ini utk evidence korang la.
✅ Coles - beli food untuk masak 4 hari
✅ Pinnacles desert = entry park aud13
✅ Lancelin - Fuel isi dekat lancelin - AUD 57.10
✅ Check in @ Coogee Discovery Park = AUD 62

Total Distance = 486 kilometer

** Masa hari kedua ni la ktorang pool seorang AUD100 utk perbelanjaan kami sepanjang road trip termasuk minyak dan barang masak.**


23 September 2017
✅ Fremantle
✅ Eshed Market. tempat paling murah kalau nak beli souvenir.
✅ Kaili's Fish and Chip + Lobster
✅ Bunburry - Wajib Singgah Farmer Market. Best sangat
✅ Busselton Jetty
✅ Canal Rock
✅ Check in at Margaret River Tourist Park = AUD 64
✅ Fuel isi dekat Fremantle = AUD 32.30
✅ Fuel isi dekat Margaret River = AUD 30

Total Distance = 328 Kilometer


24 September 2017
✅ Augusta
✅ Cape Leeuwin lighthouse
✅ Pemberton - Tramway
✅ Walpole - Valley of the Giant Tree Top Walk
✅ Green Pool, Elephant Rock
✅ Denmark Rivermouth Caravan Park = AUD 67

Total Distance =368 kilometer


25 September 2017
✅ WA Museum
✅ The Gap & Natural Bridge - Subhanallah tempat paling indah
✅ The Wind Farm
✅ Target - Shopping 😍
✅ Albany happy day Caravan park (River view) = AUD51

Total distance = 110 kilometer


26 September  2017
✅ The Brig Amity
✅ Back to Perth City - Albany highway
✅ Pulangkan Caravan
✅ Sewa kereta (Ace Car Rental) AUD20 utk saya dan seorang lagi kawan sbb kami dah nak balik Malaysia esok. So, utk lg dua lg sahabat, diorg stay sampai 30 September 2017. Diorg ni kena bayar lebih la.
✅ Charcoal Chicken (Lamb ribs superb)
✅ Check in City Stay Apartment Hotel
✅ Bell tower
✅ Elizaberth Quay - night view
✅ San Churros, Northbridge 

Total Distance = 473 kilometer

27 September 2017
✅ Check out City Stay Apartment Hotel
✅ Shopping at Watertown lagi sekali. Paling best kat sini ialah Fossil. 
✅ Borong Apple strudel di Corica Pastry. (sumpah sedap wei) AUD25/box
✅ Singgah di Chemist Warehouse utk beli minyak wangi original yg murah.
✅ Caversham Wildlife Park AUD28
✅ Singgah tapau Charcoal Chicken. Tak leh move on ngan lamb ribs dia.
✅ Blue Boat House
✅ King's Park
✅ Perth Airport. Saya and seorang lagi kawan je yg balik dulu. So, minta my other two friends hantarkan ke airport. Stay je la sampai la boarding time pukul 5.30 a.m esok nye tu.


28 September 2017
✅ My flight at 6.50 a.m
✅ Sampai Malaysia dlm kul 12.00 p.m

(Note : Untuk Campsite, If kita akan Late check in,please Inform dl kt campsite yang kita late checkin nanti diorang akan tinggalkan gate & toilet key & maps dekat box.)


Total Burn (RM) per pax:
Caravan: AUD170 = RM550
Campsite for 4 nights: AUD 61/pax = RM194
Fuel:AUD59.70 = RM190
Hotel: RM20
0
Barang masak AUD 41 = RM130
Flight ticket: RM560 return inclusive luggage 20kg (share 4 org) + Makan dlm flight
Caversham Ticket: AUD28 = RM90
GRAND TOTAL: RM2014.00
** Total tidak termasuk shopping & makan2 (selain masak sendiri)

Hope this tips boleh membantu korang semua plan utk pergi berCaravan di Perth. Sejujurnya, mmg inila pengalaman percutian saya yang paling best. Tambahan lg saya bercuti pada musim Spring. Pemandangan di sepanjang jalan kami adalah tersangatlah cantik!!! 

Pergi la melancong dan mengembara wahai sahabat-sahabat!! Jgn riso psl kos percutian. Semua nye hanyalah perlu perancangan yg teliti. Apa yg penting, buatlah perancangan awal. Sebolehnya, grab la flight ticket semasa promo, beli siap2 makanan dlm flight (coz korang mesti lapar dlm flight), book caravan, hotel or campsite in advance. So, nanti cuma fikir duit utk belanja di sana je.✌

EXTRA TIPS: 
💢 Most of online booking (caravan, hotel) boleh guna debit card or credit card.
💢 Cara isi minyak di Perth: 
    1)Isi dulu then baru bayar. (tak sesuai buat cam ni kat Malaysia. hehe).
    2)Jarak antara satu Petrol station dengan petrol station yg lain sgt jauh. If dh jumpa                 Petrol station, terus isi je minyak.
💢 If korang spent more than AUD300.00 dalam satu kedai, boleh claim semula VAT tax di airport before balik ke Malaysia. (VAT tu cam GST kat Malaysia la). Boleh combine receipt janji dlm satu kedai yg sama.
💢 If korang bawa makanan n ubat-ubatan dari Malaysia, please declare di arrival form(diberi masa atas flight). Kitorg prepare a proper list including gambar makanan n sedikit description and tunjuk semasa imegresen check. Alhamdulillah, terus lepas dgn jayanya. tak perlu di buka2 beg kitorg.
💢 Jgn lupa bawa botol air yg boleh lipat (boleh beli di Daiso) sbb toilet diorg takde paip.✌

Apa2 pun thanks to my Travel Buddy>> Yaya Ameera because she's the one yg plan itinerary di Perth ni!!

Sekian.
Simply Simple.
Rica.
Ini la Yaya Ameera. the "Mastermind" 


Caravan yg kitorg sewa di Perth.

Batu-batuan yg menarik di Pinnacles.

Kalau dtg Perth, wajib makan Fish & Chip di Kailis Fish Market, Fremantle. Mmg superb. Boleh share2 sbb portion besar.

My Travel Buddies. From left: Yaya Ameera, Wan, Me and Hanis

Acah2 candid photo

Di Wind Farm. Tergamam tgk wind turbines yg besar ya amat!!

View di The Gap & Natural Bridge

If tekak dah tak boleh telan sayur n spaghetti, boleh try makan di Charcoal Chicken, Danialla Plaza. Ada cert Halal. Dont worry.

Akak sempat rembat jam tangan & purse. Murah as compared to Malaysia. - Watertown Brand Outlet

If nak perfume murah, boleh beli di sini - Chemist Warehouse

Pose yg wajib kena amik di Blue Boat House.

Masing2 excited tgk kanggaroo di Caversham Wildlife Park
Rainbow on point- Lancelin Sand Dunes.

Comments

  1. Macam best je trip ni.

    Kita drive sendiri ke ada driver?

    ReplyDelete
  2. Ada driver ke kene drve snd ? Letih la kalau drive sndr...

    ReplyDelete
  3. Ada driver ke kene drive sndr sis?

    ReplyDelete
  4. It is great to be able to read your holiday experience while in Australia. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. impi.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts